Monday 14 August 2017

Sakit.

Di simpan sakit
Di luah juga sakit
Di pegang sakit
Di lepas sakit

Sakit
Hati terus terguris
Dek kerana jalan yang tidak lurus
Jiwa yang kian pupus
Jasad yang akan lupus

Jiwa
Satu kuasa yang tidak bernyawa
Sentiasa ada pasang surut nya
Menaruh pada yang bukan miliknya
Adalah satu bahana

Mati
Kerna cinta
Konon nya segala milik kita
Hakikatnya
Semua itu dusta
Semua nya hanya nafsu semata
Aku kau jadi kan boneka
Datang bila kau derita
Tinggal bila kau gembira
Adakah begitu akhirnya

Tak mengapa
Aku sudah biasa
Lali bagai tiada bisa
Menelam segala sengketa
Ini la lumrah manusia.

Thursday 10 August 2017

Studio Part 6

Rindu nya la kat tmpt ni. Ni la tmpt pertapaan paling lama aku pernah buat. Sepanjang diploma dan degree. Kat sini byk ajar aku supaya lebih cekal. Untuk hadap apa jua org nak kata.

Mulut org kan.. bukan bole tutup..

Tuesday 8 August 2017

kau ada satu je.

assalamualaikum..

dah lama giler aku tak sentuh blog ni. harini aku nak simpan 1 kenangan pasal aku dengan kawan aku ni. nama dia taqey. aku kenal dengan taqey ni masa aku tengah buat degree kat uitm shah alam. kiteorang satu kos. dia senior aku 1 sem. kira time kenal tu aku sem empat dan dia dah sem 5.

macam mana aku kenal dan bertukar no fon dengan taqey pun aku tak ingat. tapi yang aku tau aku memang ade no fon dia.

kami start rapat masa aku part 5. lepas balik intern. aku la rajin turun studio sculpture part 6. menempek kat tempat taqey. sampai lect aku c.syed cakap aku ni nak mengorat taqey. sebab datang duduk ctu siap wangi2 lagi.

aku seronok kawan gn taqey. sebab aku x payah nak jadi orang lain. just jadi diri sendiri je.

thanks sangat sebab ko ade teman aku tok abis kan part 6 aku dan hadap degree show.

aku harap perkenalan dan persahabatan kita ni kekal qey.
aku sayang ko sangat2 qey.

banyak lagi aku nak share kat sini pasal momentsgn ko qey.. harap ko baca.